Tuesday, January 26, 2010

Malas...

Aku kat ofis dan kemalasan.

Esok g pantai timur, arap-arap boleh rehat.




Aku dah letih....

Sunday, January 10, 2010

Lama memang Lama, Baru memang Baru

dah lama aku tak update blog...
arini bangun,
surfing dan aku teringat yang aku ni ada blog...huhuhu..
well,
setelah 5 kali try baru dapat password yang sebenar..
kalau tak ingat memang blog ni akan trus berkubur...

semua orang ada resolusi sempena masuk ke tahun yang lagi satu...
aku tak tau aku ada ke tak menantang nama resolusi ni...
kalau ada orang buatkan aku boleh la ikut,
tapi kalau nak reka wat sendiri rasa macam tak tercapai dek akalku je...

ntah pape resolusi ni,
list banyak2 benda nak buat pastu tak buat2 dari awal tahun sampai la ujung tahun...
aku pernah kot skali wat benda tu,
list banyak2 benda yang nak buat n taknak buat untuk tahun tu,
tapi pas seminggu list tu ilang...hehehe...
tapi yang sure memang akan ada satu resolusi yang tak payah renew dan di keri fowad tetiap tahun yakni mencari kekasih hati agar hidup idup ini tidak lagi akan berasa sepi seorang diri tanpa ada pendamping di sisi..

kalau nak cakap takde orang nak kat aku ,
itu memang tak logik langsung..aku tau la,
ni cerita aku,
aku hero lam cita ni,
sebagai seorang hero,
pengetahuan mesti kena lebih skit..

ada yang nak masuk line..
bukan sorang dua, tapi plural...
stakat ni aku tak layan lagi,
walaupun orang-orang lain cakap yang aku tengah layan...
tu bukan standard layanan aku yag special...
layanan tu aku wat kat semua orang...
kalau aku layan camtu pun korang cakap aku tgah layan..
maknanya korang ada masalah...
u should know me better...
cess, apa aku merepek ni di pagi-pagi ahad yang indah..

wah sudah tengahari rupanya..
harus mandi...
pegi cari makan..
chow...

Monday, August 31, 2009

Nasib Baik Ada Hari Merdeka

cess...

berabuk...memang tersangat-sangat berabuk...tapi apa boleh buat, kesibukan yang melampau telah menyebabkan kasih sayang dan perhatian yang dicurahkan kepada blog ini terpaksa ditujukan ke arah lain...

ni pun boleh update sbab esok cuti merdeka, kalau tak jangan harap la nak boleh jengah sini...jangan kata nak jengah sini, nak buka blog lain nak wat visit-visit seminit-dua minit pun tak sempat...

kepada kawan-kawan yang sebelum ni aku slalu baca dan komen korang punya entri, perkara tu nampaknya berat untuk terus dipraktikkan...so, kalau pasni korang bersembang ngan aku sambil mengrefer entri blog korang dan aku blur, minta maaf la ye...sebulan sekali je kot klu aku nak melawat blog2 korang, blog aku ni mungkin seminggu skali..ntahla, bergantung kepada tahap kesenanglenangan aku...kalau kat fesbuk @ ym korang try nak chat ngan aku dan aku layan tak layan je, sori sangat2...aku balik kerja malam tetiap ari n aku penat...kalau aku balas jugak tu kira ok..most of d time aku ignore je sebab tak larat...

aku dah kerja kat tempat lain...lokasi berbeza, environment berbeza, style kerja berbeza tapi task n jobscope masih sama...bertambah..aku rasa skang ni aku lagi improve dari tempat dulu..lagi banyak aku belajar, banyak benda yang dulu aku nak wat tapi takleh buat skang dah boleh buat..memang  aku dapat peluang untuk buat apa yang aku nak..

Penat memang penat sebab kerja banyak, tapi kalau dah rasa happy dengan apa yang kita buat tu memang tak terasa sangat penat tu...motif entri ni, aku hepi, tersangat-sangat hepi dengan kehidupan aku skang ni..itu je dan satu lagi sempena 31hb ogos ni mestila nak ucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 52 

dan

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DENGAN JAYANYA

Friday, July 10, 2009

Teh o Suam dan Kopi Ais....

Dah lama aku tak menulis. Asyik baca blog2 orang lain dan mengomen saja. Blog diri sendiri diabaikan tanpa sebab-musabab yang kukuh. Memang dasar kera dihutan disusukan, monyet dirumah mati kelaparan. Frasa tu terkeluar tatkala membe aku antar sms pada suatu hari yang hening.


Membe aku: Weh, aku nak pinjam duit boleh tak? Nak pinjam RM***.**. nanti masuk gaji aku bayar.

lalu sepantas kilat aku reply...

Aku: Boleh, takkanlah aku nak membiarkan kera dihutan disusukan, monyet dirumah mati kelaparan...

Aku dah quit dari tempat kerja lama...aku antar surat resign notis sepuluh hari...

ah...malas nak menulis pulak...
sebenarnya tadi cam ada bnyak benda nak tulis pastu tetiba rasa cam penat dan malas plak...

En. Jengjeng tahniah saya ucapkan..kamu sedang mengupgrade kehidupan....sesuatu yang sukar untuk aku lakukan...

hehehehe...

selamat berhujung minggu semua...

Friday, June 19, 2009

Setenang-Tenang Air Di Kali ....

Aku nak balik kampung terchenta malam ni...

Bas pukul 10.30...

Sampai maybe lam pukul 3.30 camtu la, tengok la driver tu bawak camna, kalau laju maka laju lah ia dan kalau perlahan pula maka akan ikut perlahanlah ia...

To my Abah:


Happy Father's Day


Wednesday, June 17, 2009

Kenapa Perlukan Keju Andai Badan Sudah Seakan Labu??

punya la susah nak update benda ni....google ni kengkadang mendatangkan masalah pun sama banyak jugak...

aku tak rasa internet connection slow sebab aku masuk website lain boleh je, tapi dah beberapa hari aku try nak create new post tapi problem plak...asyek tak boleh nak masuk je...

skang ni aku dah lupa apa yang aku nak update dan ape yang aku nak kumpul untuk cerita tapi apa yang pasti smalam ada jantan cakap aku gay lagi...siap kata aku make up hidung nak bagi nampak cute...apa cer, hidung aku memang semulajadi camni tanpa ada sebarang kesan penggunaan alatan kosmetik yang murah mahupun yang mahal langsung....

tadi aku pergi jj..teman si amayima ngan beahisya.. entah apa yang derang beli pun aku tak tau...yang pasti si beahisya tukar cermin spek mata dia...aku cuma tengok kiri kanan usya orang yang lalu lalang...

bila terlalu depan restoran aritu aku rasa klakar plak sebab aku nampak mamat waiter yang mintak no phone tu...tapi takpe, dia tak bersalah pape pun, dia cuma menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin ja...

nak kena tido awal...esok nak kena naik lrt seawal pagi, ada conference to attend, khamis n jumaat, pagi sampai petang, nak drive masuk kl malas la plak. dengan nak kena pikir pasal parking lagi...



*tajuk kat atas tu memang takdak kena mengena ngan entri ni...aku dah tak tau nak letak tajuk apa....

Friday, June 5, 2009

Sila Jawab Dengan Sejujur Mungkin...Muka Aku Ada Nampak Macam GAY Ke???

Selasa malam rabu aku kluar gi lepak kat JJ AU ngan Aweenaweeni n Tashanisha...memula tu cadangnya nak makan Big Apple tapi si tashanisha plak cakap dia nak makan yang berat terus sebab dia lapar. Dia naik lrt jauh. Dua kali plak tu. Sebabnya memula tu dia dah naik lrt tapi kena patah balik ofis semula pastu dah setel benda kat ofis baru dia betul2 naik lrt sampai ke pangkal jalan.


Jadi tanpa melengahkan masa kami ber tiga pun berjalan-jalan di dalam JJ untuk mencari kedai makan yang sesuai untuk memenuhi selera Tashanisha. Atas dasar aku yang ajak derang lepak malam tu, maka cadangan aku untuk kami menjamu selera di sebuah restoran yang mempunyai agak banyak rangkaian di Kuala Lumpur ini diterima dengan sebulat suara tanpa ada sebarang bantahan yakni aku mendapat sokongan majoriti lebih dari 2/3..


Macam biasa la kalau dah masuk dalam restoran ni memang kita akan belek menu dia 2,3 kali tengok ada makanan apa, harga berapa, banyak mana semua. Derang pun order makanan dan minuman derang. Aku malam tu cuma layan ice blended green tea je. Tak sedap plak derang blender green tea malam tu.


Kiterang pun menyambung semula sesi sembang-menyembang, umpat-mengumpat, puji-puji yang tertangguh sebentar tadi. Banyak jugak benda yang aku dapat update dari derang berdua ni. Cerita pasal si-polan dengan si-polan. Si tashanisha ni boleh la plak tau pasal aku punya cerita ni. Macam mana ntah dia boleh tau. Dari awal makan sampai habis makan kiterang bercerita pasal macam-macam.


Tapi ni semua bukan motif aku tulis entri ni. Yang atas tu tadi cuma mukadimah je. Standard la kalu buat karangan mesti la kena panjang-panjang. Mana boleh pendek-pendek je. Nanti Cikgu Zainiyah marah. Dulu dia selalu marah buat karangan pendek je. Dah nama pun karangan mesti la kena buat panjang-panjang. Pastu masa form 2 aku pernah kena re-write balik aku punya karangan sebab tulisan buruk cam celaka. Kembali kepada topik...


Kiterang pun bayar lah bil yang diberikan oleh orang yang menjaga kaunter pembayaran. Selesai je bayar dan setelah duit baki dikembalikan, aku pun dengan yakin aman dan tenang bangun dari kerusi sambil memegang henfon untuk melangkah pulang ke rumah. Waktu tu ada sorang waiter tengah pegang pen dan kertas. Tetiba dia tegur aku.


Waiter itu: err... bang, boleh mintak ... phone...

Aku: (Dalam hati) dia nak phone aku nak buat ape..

Aku: Ape?

Waiter itu: Boleh mintak no phone tak??

Aku: No phone??

Waiter itu: A'aa no phone abang...

Aku: Kenapa?

Waiter itu: Member saya nak...

Aku: Nak buat apa?

Waiter itu: Ntah, tak tahu...member saya yang nak....

Aku: (tetiba hati aku terdetik nak tanya) Laki ke pompuan??

Waiter itu: err..err...LELAKI...

(waktu ni aweenaweeni ngan tashanisha dah bantai gelak kaw-kaw punya kat belakang aku pastu terus derang jalan keluar dari restoran tu sambung gelak kat luar secara berjamaah plak )

Aku: (dengan pantas, tegas, yakin, jujur dan adil) Tak boleh...

-------------------------------------------------

Apa jadah plak tetiba lelaki nak mintak no phone aku. Takkan la sahabat lama kot. Tapi bukan style sahabat punya cara tu...memang ni style lain...


Sekarang ni aku nak tanya satu soalan yang memerlukan jawapan yang jujur dan ikhlas dari hati nurani yang tulus...

Muka aku ada nampak macam GAY ke???





*takde pasal2 aku tido lambat tulis entri ni....

Friday, May 29, 2009

Langit Tak Gelap Hujan Tak Turun Bumi Tak Basah

Apabenda aku nak merepek sebenarnya ni??

Tajuk dah macam layan merapu, tapi nak tulis apabenda pun tak tau..

MU kalah tu satu dunia dah tau. Nak boleh cakap apa lagi, nasi dah menjadi bubur. Dengan Barca pun tak boleh lepas.Barca bukannya main hebat sangat tapi MU yang main cam agak celaka malam tu..Dah la aku terpaksa berdiri time first half sebab kat NZ penuh gila manusia nak tengok bola..nak bentang tikar memang tak lepas la..tu kedai ketiga, dua kedai sebelumnya pun penuh jugak tapi bila dah sampai nz game dah start terpaksa la jugak menggagahkan diri untuk berdiri sepanjang separuh masa pertama..mula-mula main tu memang dah canthek...control game, ronaldo pun ada la rembat 2,3 kali secara suam-suam kuku..masa tu geng barca dah cuak..pastu kat skrin tunjuk shot by each team, Barca 0-5 MU..memang suwey..27 saat lepas tu je terus barca score, tu derang punya 1st shot..1st shot terus score tu, memang gampang..H1N1 tol la...

abes je 1st half terus gi cari kedai lain..kali ini memang best..kedai ke lima terus dapat duduk depan screen..tapi tepi ngan belakang semua geng barca..hampeh tol..aku senyap je sokong MU dalam hati...aku punya pengajaran untuk tengok bola, pasni kalau ada big game memang aku taknak layan kat NZ. Memang suwey gila punya suwey. Asal aku tengok kat NZ je MU kalah, asal MU kalah je aku tengok kat NZ..memang berserenjang la NZ ngan kekalahan ni...

Season depan kalau ada big game jangan ajak aku tengok bola kat NZ dah...kenar tukar lokasi..Kedai mamak kat setiawangsa ni pun banyak je, takyah gi jauh2 dah...

Kepada penyokong ARSENGAL, CHELSHIT, LIVERFOOL lu orang takyah la nak bising2 MU kalah. Lu orang punya team bukan layak pun main kat final, Arsengal ngan Liverfool awal2 lagi dah kena ayam, Chelshit je ok skit, kalah tak disengajakan...

Bola dah habis, memang lepas ni aku dah takde hiburan ujung minggu la..Terpaksa la isi dengan benda2 baru...

idea...
idea...
idea...

Monday, May 25, 2009

SuaraSumbangItuLebihMenawan...

En Jeng Jeng sudah ajak pergi berkaraoke....


Dalam masa 38 minit harus memunculkan diri di pusat Karaoke...


aku bukan pandai menyanyi mahupun menari...


suara tak pernah tak sumbang...


tapi aku rasa dengan menyanyi dapat menghilangkan keserabutan yang membelenggu diri...


kalau orang lain pulak yang rasa serabut peduli apa aku...


oh ya, aku sudah potong rambut tadi...


menjadi luar biasa pendek....


sudah tidak tidak tahan dibebel....


pagi petang siang malam....


kiri kanan depan belakang....


semua pasal berambut yang tak berapa panjang pun aku rasa dan kali terakhir dipotong tahun lepas...


azan sudah berkumandang...


perlu mandi dan bersiap.....

Sunday, May 24, 2009

I've Got a Heart Without a Home...

weh...

sape ada awek lebih???

pass la kat aku sepam dua...